Thursday, August 25, 2011

sampah


kau fikir hati ku ini kertas yang bisa kau conteng dan kau sampahkan
apa layak nye hati ku ini dicampak2
apa kau fikir kalau itu yg aku buat pada mu
jiwa kau mati
bagai jiwa aku yg kosong

Monday, February 21, 2011

terima kasih ayah


   " kakak, adk rindu abah tp abah makin jauh "

apa yg perlu ku kata kan bagi merawat luka di hati si kecil
apa yang perlu ku jelas kan pada mata si anak gadis ini
dia bukan kanak-kanak yang bisa aku gula-gula kan.
dia bukan simanja yang terpujuk dengan janji dan kata-kata manis
dia kini sudah jadi si anak gadis
siapa kata kasih seorang ayah hanya di perlukan oleh si anak kecil
siapa bilang si anak gadis sudah tidak lagi memerlukan perhatian seorang ayah
tapi mengapa  wahai si ayah
kau lupa akan kami
kau alpa akan segala-galanya
kau lalai wahai si ayah
bukan kami ingin menagih janji manis mu tapi cukup lah sekadar menuntut tanggungjawab mu
bukan kah kami ini lahir dari benih kasih cinta dan sayang kamu pada si ibu
tidak kah kamu ingin melihat benih-benih yang disemai menjadi
jangan kau tangisi tika detik dan ketika nanti hati kami bagai mati untuk kasih seorang ayah
hati kami beku untuk menilai erti sayang
hati kami kaku
dan kami juga menjadi alpa
kerana apa..
kerana kami mampu hidup tanpa kamu wahai si ayah
kerana kami mampu meneruskan kehidupan berbekalkan dengan hanya berBIN dan berBINTI kan kamu
ini kah harga yang perlu dibayar oleh kami kerana berBIN dan berBINTI kan kamu
terima kasih wahai si ayah
atas benih yang kamu tinggalkan ini

Wednesday, February 16, 2011

Duhai lelaki



Kerana apa
setelah berabad lama kamu hadir di sisi ku, kamu cuba pergi jauh dari sisi ku
setelah berkurun kamu mensyukuri nikmat ini kini kamu menjadi lebih tamak
 setelah sekian lama kita membesarkan benih cinta ini kamu mengkhianati nya

Kerana apa
Setelah 26 tahun berlalu kamu meminta nya
Tidak kah kamu tahu 26 tahun itu bukan satu jangka masa yang pendek
Bukan berlaku dalam sekelip mata
Bukan boleh di putar kan begitu sahaja

Tidah kah kamu tahun 26 tahun itu sudah cukup untuk mendewasakan kita
Sudah cukup untuk dunia menyatakan kita sudah tua
Sudah cukup untuk manusia menukarkan status kita
Sudah cukup untuk kita melihat anak yg bertatih di pentas kejayaan

Duhai lelaki
Kembali lah pada asal mu
Pada lafaz dan akad mu

Tuesday, December 28, 2010

ini bukan ukuran nya

harta
mahar
hantaran
ini bukan ukuran nya


rumah
kereta
kerjaya
paras rupa
ini bukan juga ukuran nya


apa nilai ukuran nya?
agama
ilmu
kematangan
keperibadian
itu yang di perlukan dalam membina sebuah bahtera kehidupan


ku hanya mahu redha mu Ya Allah
ku hanya mahu barakah mu Ya Ilahi
ku hanya mahu kasih dan cinta mu Ya Rahman
agar setiap perjalanan ku di bawah lembayung rahmat mu Ya Tuhan ku



Thursday, October 21, 2010

kisah kehidupan

Ketika aku melewati katil yang tersusun rapi itu..aku tahu segalanya mempunyai cerita yang tersendri..
Sejarah yang mungkin aku sendri tidak mengerti...kerana aku bukan mereka..bukan pencipta rahsia itu sendri.

Setiap nada dan eskpresi yang di luahkan kaya dengan segala-galanya.. langkah ku terhenti di satu sudut.. melihat wajah2 itu.. seolah2 menyentuh pundak hati ku. lantas aku mnjadi pemerhati yang terus memerhati tanpa keizinan..

**  Dulu pak cik ada anak2..tapi silap pak cik..tanggungjawab yang tuhan anugerahkan tidak pernah dipikul malas di pandang sepi terus..isteri yang sentiasa teguh disisi bagai kan tidak pernah wujud.. lalu pak cik cari suatu yang pak cik fikir ia nya kan kekal, ia nya lebih baik.. Tapi tuhan itu maha adil..kerana ketidakadilan pak cik,  di sini lah pak cik sekarang.Tanpa sesiapa menemani.**

Bicara si tua yang sudah terlantar menghitung detik dan waktu pada si gadis sambil meratap sayu..

Aku tahu tidak mungkin akan aku mengerti segalanya..Lantas aku berlalu pergi..meninggalkan segala kisah itu di situ bersama ceritanya yang tersendiri..

Tanpa aku sedari bahu ku di rempuh oleh seseorang..dan dalam sekelip mata jua satu tubuh rebah di hadapan ku.. ku hulur kan tgn untuk si dia..ya si dia.. si gadis yang ku lihat menemani pak cik tua itu tadi..

** adik x apa-apa? Ada apa yang boleh saya bantu? ** entah mengapa mulut ini begitu lancar menutur kan nya..subhanallah..

Si gadis tidak mampu lagi membangunkan tubuh nya..sekadar duduk menekup muka bersama juraian air mata.. tidak terdetik di hati ku untuk meniggalkn si gadis itu dalam keadaan begini.. lantas ku tunggu sehingga lah terlahir nya sesuatu di sebalik bibir nya..

** apa yang perlu saya buat.. saya tdk mahu mmbenci nya.. tp saya sudah tidak punya sekeping hati  lagi. saya sudah tidak tahu apa itu erti kelukaan, kedukaan.. dia tidak mengenali saya ..tidak pernah !. bagai mana saya mahu katakan pada nya bahawa saya lah anak yang di biarkan sepi itu, yang dahagakn kasih sayang dan perhatian nya, yang tidak pernah di ambil peduli mati atau hidup..bagaimana caranya? Sebelum segala-galanya menjadi terlalu lmbat.. **

Apa yang harus saya katakan pada si gadis ini.. sedang kan pengalaman hidup saya sendiri tidak la sedalam mana..sy mengucap pd ilahi, agar ada sesuatu yang bisa saya berikan pada si gadis ini..

** Bersabarlah, sesungguh nya Tuhan itu maha adil, DIA yang mencipta DIA juga yang mengaturkan segalanya.. maka redha lah dengan segalanya.. jujur dan berterus terang lah pada si ayah..agar segala yang tersimpul dapat dihuraikan **

Saya pinjam kan kekuatan ini untuk si gadis agar ia dapat berdiri teguh..lantas saya pimpin si gadis menuju ke katil di mana segalanya bermula.. saya berikannya secebis senyuman agar mampu ia memperoleh ketenangan.. lantas saya tinggalkan episode duka itu kerana saya tahu tidak selayak nya saya berada di situ..

Di setiap langkah di atur rapi, saya memikirkan segala yang dituturkan tadi.. Layak kah untuk saya berkata sedemikian.. saya tahu, menutur memang mudah, tidak seperti yang mengharungi nya.. maka saya serah kan segalanya pada Ilahi.. moga Tuhan berikan kekuatan pada si gadis tadi untuk menempuh segalanya..

Saya kire kisah ini sudah terlalu cukup menjadi pengajaran buat saya, menjadi peringatan dalam hidup ini..
Berfikir sebelum terlewat, menghargai segala apa yang ada di depan mata dan mensyukuri segala limpahan dan rahmat Ilahi... 

Ya Tuhan ku jadikan aku dari hamba Mu yang sentiasa mengingati akan Mu.. 
... amin ..

Wednesday, October 13, 2010

entry 1

I wish i'll be like her..
 noe nothing..


ini.bukan.entry.chenta.semata
..ini entry tentang aku dan kehidupan..