Monday, February 21, 2011

terima kasih ayah


   " kakak, adk rindu abah tp abah makin jauh "

apa yg perlu ku kata kan bagi merawat luka di hati si kecil
apa yang perlu ku jelas kan pada mata si anak gadis ini
dia bukan kanak-kanak yang bisa aku gula-gula kan.
dia bukan simanja yang terpujuk dengan janji dan kata-kata manis
dia kini sudah jadi si anak gadis
siapa kata kasih seorang ayah hanya di perlukan oleh si anak kecil
siapa bilang si anak gadis sudah tidak lagi memerlukan perhatian seorang ayah
tapi mengapa  wahai si ayah
kau lupa akan kami
kau alpa akan segala-galanya
kau lalai wahai si ayah
bukan kami ingin menagih janji manis mu tapi cukup lah sekadar menuntut tanggungjawab mu
bukan kah kami ini lahir dari benih kasih cinta dan sayang kamu pada si ibu
tidak kah kamu ingin melihat benih-benih yang disemai menjadi
jangan kau tangisi tika detik dan ketika nanti hati kami bagai mati untuk kasih seorang ayah
hati kami beku untuk menilai erti sayang
hati kami kaku
dan kami juga menjadi alpa
kerana apa..
kerana kami mampu hidup tanpa kamu wahai si ayah
kerana kami mampu meneruskan kehidupan berbekalkan dengan hanya berBIN dan berBINTI kan kamu
ini kah harga yang perlu dibayar oleh kami kerana berBIN dan berBINTI kan kamu
terima kasih wahai si ayah
atas benih yang kamu tinggalkan ini

No comments:

Post a Comment