Wednesday, February 16, 2011

Duhai lelaki



Kerana apa
setelah berabad lama kamu hadir di sisi ku, kamu cuba pergi jauh dari sisi ku
setelah berkurun kamu mensyukuri nikmat ini kini kamu menjadi lebih tamak
 setelah sekian lama kita membesarkan benih cinta ini kamu mengkhianati nya

Kerana apa
Setelah 26 tahun berlalu kamu meminta nya
Tidak kah kamu tahu 26 tahun itu bukan satu jangka masa yang pendek
Bukan berlaku dalam sekelip mata
Bukan boleh di putar kan begitu sahaja

Tidah kah kamu tahun 26 tahun itu sudah cukup untuk mendewasakan kita
Sudah cukup untuk dunia menyatakan kita sudah tua
Sudah cukup untuk manusia menukarkan status kita
Sudah cukup untuk kita melihat anak yg bertatih di pentas kejayaan

Duhai lelaki
Kembali lah pada asal mu
Pada lafaz dan akad mu

No comments:

Post a Comment